guru dikau ibarat LILIN membakar diri..sayang semua guruku....

salam  u olls...

haa..rini hari guru jadi untuk kesempatan ini sy ingin mengucapkan selamat hari guru kepada semua para pendidik di malaysia dan tidak dilupakan juga kepada guru-guruku yang telah menabur bakti kepada ak..penat lelahmu tidak akan ku lupakan..dan tidak ketingalan juga kepada bakal guru akan mendidik anak bangsa kita,selamat hari guru...didik lah mereka dengan seikhlas hati dan berkhidmat kerana ALLAh S.W.T...ak juga salah sorang akan menjadi bakal pendidik dan akan mendidik mereka dengan bersungguh-sungguh agar mereka dapat berbakti kepada nusa bangsa, agama dan diri sendiri...insyaALLAH...rini ak nk kongsi ckit sajak hari guru dengan korang..hayatilah yea...............

USMAN AWANG 
1979


GURU OH GURU

Berburu ke padang datar 
Dapat rusa belang kaki 
Berguru kepala ajar 
Ibarat bunga kembang tak jadi 
(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)


Dialah pemberi paling setia 
Tiap akar ilmu miliknya 
Pelita dan lampu segala 
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.


Dialah ibu dialah bapa juga sahabat 
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat 
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat 
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.


Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa 
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta 
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara 
Jika hari ini seorang ulama yang mulia 
Jika hari ini seorang peguam menang bicara 
Jika hari ini seorang penulis terkemuka 
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa; 
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa 
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.


Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya 
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota 
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu 
Dia adalah guru mewakili seribu buku; 
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa 
Semakin bererti tugasnya kepada negara. 
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku 
Budi yang diapungkan di dulang ilmu 
Panggilan keramat “cikgu” kekal terpahat 
Menjadi kenangan ke akhir hayat.



A. SAMAD SAID
2 APRIL 1988 

OBOR HEMAH

Guru adalah awan indah terbang rendah, 
melimpahkan hujan pada musim gersang, 
menyegarkan benih ilmu, berbuah hikmah; 
ia renjis embun pada tanah bakat, 
suara ihsan ketika manusia kalah, 
sepi yang syahdu dalam dunia resah.


Guru - atap ganti ketika pondok bocor, 
ketika sejarah dalam bilik darjah, 
senyum penyembuh bagi wabak sengsara, 
ia - sungai rangsang sentiasa tenang, 
menghantar bahtera ke segara dharma, 
memesan angin menghikmahkannya.


Guru adalah penelaah yang tekun, 
mewariskan dunia sebagai kutubkhanah, 
menyediakan kutubkhanah sebagai dunia, 
ia mengemudi biduk, melepaskannya, 
atas lambungan laut, merangsangkan 
manusia menyelami rahsia khazanahnya.


Guru - minda segar dan kukuh akar, 
menghidupkan batin yang bersih 
di daerah dunia cemar kasih, 
dan pada ketika tak tersangkakan, 
walau diambilnya kemball semua buku, 
sempat ditinggalkan asas ilmu.


Guru adalah batin suci hatinurani, 
penjunjung budi, manusia yang takwa, 
obor hemah kehidupan bangsa.


so..korang leylah hayati sajak ini dan fikirlah pengirbanan guru kepada kita amatlah besar..ingat jasa mereka jangan jadi seperti KACANG MELUPAKAN KULIT yea korang..renung2 la yea............

bye u ollsss....


haaa cmne???...kalo suke LIKE jer k..xskepom xpe...no paksaan k...tp jgn lupe tggl komen yea...tQ

2 comments:

Anonymous said...

salam.....

selamat hari guru...tanpa guru siapalah kita...
** folo ur blog

++sYepaH++ said...

wasalam...

soie for late reply...ok..i wil follow u 2...
2 la..tnpa guru kita xjadi seperti skrg ni

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...